Isnin, 29 September 2014

JUALAN!!!!!JUALAN!!!!!JUALAN!!!!!

Cendawan!!!!!!!!!!!

Resepi 


CENDAWAN GORENG ALA TEMPURA





Inilah rupanya cendawan goreng yang telah digoreng.
Sukatan yang diguna ialah 1 cawan tepung gandum, 2 sudu tepung beras dan 1½ cawan air sejuk mengandungi ais. Campurkan tepung-tepung tadi dalam satu mangkuk, bubuh garam dan aji (kalau guna) ikut rasa, buat lubang di tengah-tengah dan curahkan air sejuk dengan ais sekali! Kacau guna garfu ala-ala manja gitu. Tapi payah adunan tu jadi licin. Asal gaul dah la.

Jangan lupa panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu cendawan dan celupkan dalam tepung dan gorenglah sampai keemas-emasan. Pastu letak atas tisu dapur untuk serap minyak. Makan dengan sos atau kalau dengan mayonaise pun chantekkk! atau makan macam tu pun sedop...

TIPS yang  kena amik perhatian. JANGAN sesekali cuci cendawan tiram! Cendawan tak perlu cuci sebab ia akan serap air dan menyebabkan hasil gorengan nanti lembik atau mushy!

Hanya perlu dibersihkan dengan kain bersih atau guna tisu dapur. Cendawan Tiram ditanam secara organik. Tiada guna tanah. Cukup sekadar bersihkan sikit lebih kurang dengan mengelap bahagian-bahagian yang nampak kurang bersih dengan kain atau tisu.

Lain kali nak buat guna 100% tepung gandum. Pastu guna bahan-bahan seperti udang dan sayur-sayuran cam terung, kacang buncis dan bendi. Ala-ala tempura Jepun gitu.

Selamat mencuba. Hasilnya, cendawan goreng  ranggup dan habis sekelip mata. Kalau korang rasa ada resipi lain, kongsilah!

#Terima kasih pada Pn Fauziahsamad.com..bagi pinjam gambar dan resepi yer.

Ahad, 28 September 2014

Dulu dan kini....
banyak perubahan yang sedang giat dibuat bagi menambahkan lagi keindahan persekitan Taman Herba SMK Sungai Besar. Dan yang paling penting keinginan untuk melihat, meninjau, dan menyelidik apa yang ada di Taman Herba SMK Sungai Besar telah berjaya menarik murid2 untuk membaca label dan ramai bertanya kenapa ada bela arnab dalam taman herba????😀 Secara logiknya murid2 mula membuka minda mereka...pertanian adalah SERONOK!!!!!



RUMAH CENDAWAN SEBELUM TRANFORMASI

PEMBINAAN RUMAH CENDAWAN- KINI

JUALAN TAHUNAN

JUALAN CENDAWAN TIRAM

Hari ini menuai hasil cendawan. setelah dua minggu menunggu hasil..
Marilah warga SMKSB..yang berkeinginan untuk membeli cendawan THSMKSB.
Gebu Gebas , Putih melepaK..

BELI, BELI, BELI!!!!!!!!!! MURAH MURAH MAI BELI!!!!!!!!


Balik Buat Sup Cendawan...yummy...

Rangkaian Taman Herba

Rangkaian Taman Herba SMKSB

Inilah rangkaian taman herba SMKSB ..Taman Herba SPBT.  Bermula secara kecil-kecilan akhirnya telah berubah menjadi sumber tanaman herba pada peringkat permulaan hinggalah terbentuknya Taman Herba SMKSB.
Di sinilah adanya pokok Durian Belanda yang banyak khasiatnya, terutamanya untuk pesakit kanser..inilah anugerah Allah swt kepada kita. Bagi yang yang berkemampuan mereka akan memilih untuk kemoterapi, tetapi bagi yang kurang berkemampuan bolehlah memilih alternatif ini...in sha Allah.




INFO TAMAN HERBA KEPADA WARGA SMKSB

As salam,

Hari ini warga SMKSB diberitahu tentang Projek Taman Herba SMKSB. Pelbagai aktiviti telah dijalankan di Taman Herba SMKSB, banyak info tentang herba dan khasiatnya serta ada ternakan arnab, pemeliharaan ikan, ..Sama sama lah kita menjaga Taman Herba SMKSB...


PERISTIWA HARI INI

As salam,
Lawatan yang penuh bermakna ini telah membanggakan kami AJK Pelaksana Taman Herba SMKSB terutama semua warga SMKSB daripada MOSTI.
Terima Kasih....


Selasa, 23 September 2014

Resepi



Tanaman Hiasan yang ada di THSMKSB

Haah, ini lah dia Pokok Telinga Kera. Selain sebagai pokok hiasan , ianya juga berfungsi sebagai pokok herba dan juga dalam masakan.
Dalam perubatan Cina, ianya digunakan sebagai salah satu ubat merawat punci kencing kotor@batu karang. Tapi ada bahan-bahan lain aepertii sawi bukit, daun pokok telinga kera , barli cina dan gula batu....
Bunga telinga kera pula boleh jadikan bekas untuk buat lemang berlemak atau ketupat..
 Nanti za ada masa , za sertakan pula resepinya ..maaf yer...

AKTIVITI AKTIVITI THSMKSB


AKTIVITI  1


MENCARI POKOK TERATAI UNTUK KOLAM THSMKSB

AKTIVITI 2






RUMAH CENDAWAN THSMKSB



TERNAKAN DALAM TAMAN HERBA

Selamat datang!!!!!

Alhamdulillah bertambah lagi 'isi' rumah dalam taman herba SMK Sungai Besar kali ini.
Dulu 'berdua' kini bersembilan, hasil sumbangan warga SMKSB...si Cubbby2 dengan rakan-rakannya.
Banyak sumbangan si Chubby- chubby nie..apalagi baja ORGANIK...la...he3
Jika dah beranak pinak boleh la pula kami buat "HOME SALE'S FOR CHUBBY-RABBITS'..Sapa sape yang berkenan boleh tempah daripada sekarang...BELI SATU , DAPAT SATU!!!!!






AKTIVITI BERJADUAL THSMKSB

As salam,
Hasil terakhir daripada rakan Taman Herba yang sedang giat bertungkus lumus mencantikkan taman Herba SMKSB 2014. TAHNIAH!!!!!

Apa-apa pun 'salute' kepada semua yang terlibat di depan mahupun dibelakang tabir...

Khamis, 11 September 2014

Resepi sotong berempah

SOTONG GORENG KETUMBAR

Sotong Goreng Ketumbar

Bahan-bahanya:
10 ekor sotong dipotong
5 ulas bawang putih ditumbuk
1/2 biji bawang dimayang
10 biji tomato ceri dibelah 2
1 biji cili hijau dipotong serong
Garam & gula secukup rasa
1 sudu teh ketumbar ditumbuk/ dikisar
Minyak untuk menumis

           

                 
Cara Memasak:
1. Perapkan sotong bersama bawang putih & ketumbar selama 10 minit.
2. Panaskan minyak, masukkan sotong, garam, gula & perasa. Kacau hingga sebati.
3. Apabila sotong hampir masak, masukkan cili hijau, tomato & bawang besar, kacau sebentar hingga sayur masak.
4. Angkat & sedia untuk dihidang.

GULAI DARAT SIPUT SEDUT NENAS BERHERBA


 Gulai Darat Siput Sedut Nenas Berherba




 Bahannya:
1 kg siput sedut dipotong 3 lilitan gelang bahagian hujungnya (untuk memudahkan proses menyedut apabila nak makan ), dibasuh bersih & ditoskan.
5 cawan santan
 2 keping nenas dihiris kiubn
1 biji bawang besar merah dihiris & ditumbuk
3 keping hirisan lengkuas ditumbuk
 1 ulas bawang putih ditumbuk
2cm kunyit hidup ditumbuk
 1 sudu teh pes cili maepranom brand
2 sudu makan serbuk rempah gulai cap bunga ros ( Ummi beli kat Terengganu), Klu tak ada, rempah kari Ikan pun boleh.
 5 helai daun kaduk
 4 tangkai daun kesum
 1 helai daun kunyit dibuang tulangnya
 3 helai daun limau purut dicarikkan
 Garam & gula secukup rasa Sedikit bahan perasa

* advance kredit for http://ummiazilla.blogspot.com/ .Thanks alot.

Rabu, 10 September 2014


ISI KANDUNGAN
( Rujuk Fa
BIL
PERKARA
NO RUJUKAN
1
Tajuk
1
2
Objektif
2
3
Motto
3
4
Carta Organisasi
4
Taman Herba Utama
( Herbs Garden)

Rangkaian Taman Herba

5
Senarai Nama Herba
  Di :-
Taman Herba Utama
Rangkaian Taman Herba
Sekitar Kawasan Sekolah
5
6
Penyimpanan Rekod Aktiviti
6
Surat Menyurat

Kertas kerja

Jadual Kerja

Gambar Aktiviti

7
Rekod Hasil / Pendapatan
(sekiranya dijual)
7
8
Gambar-gambar Berkaitan
8

6.1  Herba Ulaman

6.2  Herba Makanan

6.3  Herba Ubatan

6.4  Sayuran dan Buah-buahan

9
Bahan Edaran
Brosur
Laman Blog di internet
9
10
Sumber Rujukan
10
7.1  Bahagian Silvikultur Dan
Perlindungan Hutan, Jabatan
Perhutanan Negeri  Selangor

7.2  Buku-buku Rujukan
       (salinan muka depan buku)


7.3  Internet

il Dokumentasi )



Penyemaian biji benih

Aktiviti penyemaian biji benih...
 Kelihatan Pn Nur Sabrina dan Pn Rokhmah sedang menyemai  biji benih.



Selasa, 9 September 2014

Pelbagai aktiviti telah dibuat sepanjang bulan Jan hinggalah ke saat ini.
Maaf lah ari tu saya cuti 3 bulan so tergantung sekejaplah aktiviti penulisan blog ini. bila dah sambung  x ingat la pula nama email dengan pssword terpaksalah key-in yang baru..

Antara pokok herba yang ditanam di Taman Herba SMK Sungai Besar
.