Isnin, 29 September 2014

JUALAN!!!!!JUALAN!!!!!JUALAN!!!!!

Cendawan!!!!!!!!!!!

Resepi 


CENDAWAN GORENG ALA TEMPURA





Inilah rupanya cendawan goreng yang telah digoreng.
Sukatan yang diguna ialah 1 cawan tepung gandum, 2 sudu tepung beras dan 1½ cawan air sejuk mengandungi ais. Campurkan tepung-tepung tadi dalam satu mangkuk, bubuh garam dan aji (kalau guna) ikut rasa, buat lubang di tengah-tengah dan curahkan air sejuk dengan ais sekali! Kacau guna garfu ala-ala manja gitu. Tapi payah adunan tu jadi licin. Asal gaul dah la.

Jangan lupa panaskan minyak dalam kuali. Ambil satu cendawan dan celupkan dalam tepung dan gorenglah sampai keemas-emasan. Pastu letak atas tisu dapur untuk serap minyak. Makan dengan sos atau kalau dengan mayonaise pun chantekkk! atau makan macam tu pun sedop...

TIPS yang  kena amik perhatian. JANGAN sesekali cuci cendawan tiram! Cendawan tak perlu cuci sebab ia akan serap air dan menyebabkan hasil gorengan nanti lembik atau mushy!

Hanya perlu dibersihkan dengan kain bersih atau guna tisu dapur. Cendawan Tiram ditanam secara organik. Tiada guna tanah. Cukup sekadar bersihkan sikit lebih kurang dengan mengelap bahagian-bahagian yang nampak kurang bersih dengan kain atau tisu.

Lain kali nak buat guna 100% tepung gandum. Pastu guna bahan-bahan seperti udang dan sayur-sayuran cam terung, kacang buncis dan bendi. Ala-ala tempura Jepun gitu.

Selamat mencuba. Hasilnya, cendawan goreng  ranggup dan habis sekelip mata. Kalau korang rasa ada resipi lain, kongsilah!

#Terima kasih pada Pn Fauziahsamad.com..bagi pinjam gambar dan resepi yer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan