Isnin, 13 Oktober 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni nak cerita pasal serai lah pulak. Dalam dok surf di google cari info, Allah bagi ilham – terdetik dihati nak cari khasiat pasal serai. Jadi.. jom kita mulakan
Serai ni sebenarnya antara tanaman herba yang popular di Asia Tenggara. Tapi agak jarang diketengahkan untuk kegunaan dalam bentuk minuman atau makanan bagi ibu-ibu selepas bersalin dan yang berpantang. Jenis herba yang selalu digunakan dalam pantang selepas bersalin kebanyakannya lebih kepada halia, lada hitam, kunyit dan lengkuas.
lemon_grass serai
Khasiat serai bagi ibu selepas bersalin dan dalam pantang
Serai sebenarnya dapat membantu ibu-ibu yang bersalin. Antara khasiat serai :
  1. Membantu  pembuangan lemak dan banyak terkumpul semasa hamil, menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan mengawal selulit.
  2. Membantu menyah toksid dari dalam badan dengan membersihkan pancreas, hati, buah pinggang dan saluran darah.
  3. Serai juga membantu memudahkan pembuangan air besar, mengurangkan sembelit dan melancarkan system pencernaan badan
  4. Mmebantu membuang angin dalam badan
  5. Menghindarkan sakit kepala yang sering dialami oleh mereka yang telah diberikan ubat bius disepanjang proses bersalin sama ada bersalin normal atau bersalin pembedahan.
  6. Selain dari itu, mengikut kajian dari barat serai juga sebenarnya dapat menangkis pertumbuhan kanser.
Alang-alang dah cerita tentang serai untuk orang bersalin, resipi dibawah mungkin boleh membantu anda terutama bila anda tak boleh nak ambil halia atas faktor bayi anda masih kuning dan anda menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Almaklumlah, jaundice kan boleh jadi lagi teruk jika si ibu ambil halia…
tea serai
Resipi jus serai untuk selepas bersalin (resipi 1) :
Basuh 3 batang serai
Gula batu (boleh ejas sukatan ikut rasa manis yang dimahukan)
Potong  serai kecil-kecil dan direbus dengan api kecil bersama 3 cawan air selama 20 minit
Suamkan dan minum
Resipi jus serai untuk selepas bersalin (resipi 2) :
5 batang serai direbus bersama 4 cawan air selama 30 minit menggunakan api perlahan. Selepas dah siap rebus, suamkan air rebusan. Bancuh air rebusan bersama madu dan limau nipis atau lemon.
Tips tambahan : Jika anda tak nak rebus banyak kali, buat banyak sikit kemudian simpan dalam peti. Tiap kali nak guna, panaskan air rebusan serai agar suam, kemudian baru bancuh / campurkan dengan madu dan limau nipis.
# terimakasih info nie..advanced kredit to http://www.bengkungmoden.com/blog/khasiat-ibu-hamil

Info Taman Herba SMK Sungai Besar

Banner Terbaru kami....

TAHNIAHHH!!!! AJK PELAKSANA TAMAN HERBA SMK SUNGAI BESAR

 





KHASIAT HERBA

KHASIAT HERBA UNTUK DIRI DAN KECANTIKKAN

Kebanyakan wanita gemar mahu kelihatan cantik secara semulajadi. Disebabkan itu, mereka sering mencari produk-produk yang boleh mengembalikan kecantikan samada untuk wajah, rambut, iras jari, awet muda dan sebagainya. Malah ada yang sanggup menghabiskan wang yang banyak untuk mendapatkan kecantikan yang diingini.
Jangan terkejut kerana kebanyakan produk kecantikan mengandungi bahan kimia yang berbahaya kepada kesihatan. Di samping itu, ia juga mempunyai kesan sampingan yang berbahaya kepada kulit. Persoalannya ialah apakah cara paling mudah dan selamat untuk memiliki kulit cantik dan berseri?
Jawapannya ada di dalam herba-herba tradisional. Walaupun generasi kini kurang peka dengan khasiat herba- herba tradisional, namun ianya telah digunakan sejak dulu lagi. Orang-orang tua dahulu sememangnya menggunakan herba-herba tradisional untuk penjagaan kesihatan badan dan kecantikan.
Sebenarnya, khasiat dari herba-herba tradisional seperti halia bara, lengkuas dan buah pala mudah didapati. Ia bukan sahaja digunakan sebagai bahan di dalam masakan tetapi juga dijadikan merupakan bahan asas untuk mengubati pelbagai masalah kesihatan serta mencegah jangkitan penyakit.
Herba-herba tradisional seperti minyak kayu putih, halia bara, serai, limau purut, lengkuas, dan avokado pula sudah diakui setanding dengan perubatan moden. Berikut disenaraikan 7 khasiat herba yang baik untuk kecantikan dan kesihatan anda.
  • Lengkuas
Lengkuas baik untuk membantu membersihkan darah, mencairkan kahak, melegakan otot dan penting untuk membuatkan badan cergas dan bertenaga. 
  • Limau purut
limau purut
Limau purut pula mengandungi asid sitrik semulajadi yang membantu mengekalkan kelembapan kulit. Selain itu juga, limau purut juga dapat membantu untuk merawat kulit kepala, luka, lebam dan gigitan serangga berbisa. (kredit imej)
  • Serai
batang-serai
Serai dapat memperbaiki aliran darah serta menyegarkan tubuh badan. Ia berkesan untuk menurunkan berat badan, membuang lemak, dan memperbaiki salur darah yang rosak serta kembang semasa proses bersalin bagi wanita yang baru melahirkan anak. Ia juga baik untuk mengatasi masalah kebas-kebas, lenguh-lenguh, gigitan serangga dan kembung perut. 
  • Minyak kayu putih
kayuputih
Minyak kayu putih dihasilkan daripada kayu putih. Ia mengeluarkan bau yang wangi dan baik untuk membantu penyembuhan penyakit kulit seperti luka pada vagina atau infeksi kulit. Aroma khasnya dapat mengurangkan sakit sendi, menenangkan fikiran serta tubuh dan menjadikan tubuh berasa lebih ringan. Ia juga kaya dengan sumber vitamin E untuk membuatkan kulit lebih halus dan mulus serta berkesan dalam menghilangkan parut-parut atau ‘stretch mark’ pada badan. 
  • Halia
halia
Ianya bagus untuk mengeluarkan angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan. 
  • Daun bidara
daun bidara
Daun bidara adalah salah satu herba tradisional yang sudah digunakan sejak zaman berzaman. Ramai yang menggunakannya untuk mendapatkan khasiat daun bidara yang baik untuk kebersihan diri dan pengubatan. Ia bertindak sebagai agen pembersih semulajadi seperti sabun yang boleh digunakan untuk membersihkan rambut dan kulit. Malah ia juga boleh merawat masalah jerawat.
Selain itu juga, daun bidara juga baik untuk membantu merawat sihir. Walaupun amalan merawat sihir menggunakan daun bidara bukan amalan Rasulullah S.A.W, tetapi ulama’ Salaf telah sepakat untuk membenarkan amalan ini sebagai kaedah penyembuhan yang tidak melanggar hukum syarak. Kaedah yang diambil dari kitab Imam ibn Qayyim al Jauziyyah adalah seperti berikut:
  1. Ambil 7 helai daun bidara, tambahkan ke dalam air minuman (air mineral atau yang seangkatan dengannya). Kemudian, baca ayat Kursi, Surah 3 Qul, beberapa potong ayat yang berkenaan dengan menghindari sihir seperti Surah al-A’raf, Surah Yunus dan Surah Taaha dan selawat ke atas Nabi.
  2. Hembuskan ke dalam air yang diadun dengan daun bidara tadi.
  3. Gunakan air tersebut sebagai minuman dan mandian. Insya-Allah.
Herba-herba tradisional ini sememangnya mengandungi khasiat-khasiat yang menakjubkan. Tidak hairanlah semakin ramai yang mengaplikasikan penggunaan herba-herba ini sebagai alternatif kepada produk-produk kecantikan yang ada di pasaran.
Malah, gabungan herba-herba tradisional ini boleh membantu mengembalikan kecantikan kulit, membantu mengurangkan berat badan, masalah keputihan dan juga boleh mencegah gangguan sihir dan penyakit buatan orang. Tekstur losyen yang lembut, halus dan tidak melekit menjadikan ia mudah meresap ke dalam kulit dan mempercepatkan proses pemulihan.
Dengan memanfaatkan khasiat dari herba-herba tradisional ini, kini anda tidak lagi perlu bersusah payah untuk memperolehi kulit yang cantik dan juga penawar kepada masalah kesihatan.
#mohon share info ini. terima kasih
 http://www.anugerahquran.com/blog/7-khasiat-herba-tradisional-untuk-kecantikan-dan-kesihatan/

Persediaan Jualan





Jualan Taman Herba

Jualan Taman Herba

Alhamdulillah ,
Nampaknya hasil yang dituai sepanjang tahun bermula awal tahun tadi telah dapat dituai. hasilnya pula amat lumayan..Sebutir nasi, setitis air peluh petani..Tahniah Warga Pelaksana dan murid-murid T1,T2,T3 yang memang terlibat secara langsung dalam projek penanaman Taman Herba SMK Sg Besar. Dan Terima Kasih kepada semua GURU SMKSB yang turut sama menyumbang sama ada dari segi tenaga, dan bahan.