Isnin, 13 Oktober 2014

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Hari ni nak cerita pasal serai lah pulak. Dalam dok surf di google cari info, Allah bagi ilham – terdetik dihati nak cari khasiat pasal serai. Jadi.. jom kita mulakan
Serai ni sebenarnya antara tanaman herba yang popular di Asia Tenggara. Tapi agak jarang diketengahkan untuk kegunaan dalam bentuk minuman atau makanan bagi ibu-ibu selepas bersalin dan yang berpantang. Jenis herba yang selalu digunakan dalam pantang selepas bersalin kebanyakannya lebih kepada halia, lada hitam, kunyit dan lengkuas.
lemon_grass serai
Khasiat serai bagi ibu selepas bersalin dan dalam pantang
Serai sebenarnya dapat membantu ibu-ibu yang bersalin. Antara khasiat serai :
  1. Membantu  pembuangan lemak dan banyak terkumpul semasa hamil, menurunkan kadar kolesterol dalam badan dan mengawal selulit.
  2. Membantu menyah toksid dari dalam badan dengan membersihkan pancreas, hati, buah pinggang dan saluran darah.
  3. Serai juga membantu memudahkan pembuangan air besar, mengurangkan sembelit dan melancarkan system pencernaan badan
  4. Mmebantu membuang angin dalam badan
  5. Menghindarkan sakit kepala yang sering dialami oleh mereka yang telah diberikan ubat bius disepanjang proses bersalin sama ada bersalin normal atau bersalin pembedahan.
  6. Selain dari itu, mengikut kajian dari barat serai juga sebenarnya dapat menangkis pertumbuhan kanser.
Alang-alang dah cerita tentang serai untuk orang bersalin, resipi dibawah mungkin boleh membantu anda terutama bila anda tak boleh nak ambil halia atas faktor bayi anda masih kuning dan anda menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu ibu. Almaklumlah, jaundice kan boleh jadi lagi teruk jika si ibu ambil halia…
tea serai
Resipi jus serai untuk selepas bersalin (resipi 1) :
Basuh 3 batang serai
Gula batu (boleh ejas sukatan ikut rasa manis yang dimahukan)
Potong  serai kecil-kecil dan direbus dengan api kecil bersama 3 cawan air selama 20 minit
Suamkan dan minum
Resipi jus serai untuk selepas bersalin (resipi 2) :
5 batang serai direbus bersama 4 cawan air selama 30 minit menggunakan api perlahan. Selepas dah siap rebus, suamkan air rebusan. Bancuh air rebusan bersama madu dan limau nipis atau lemon.
Tips tambahan : Jika anda tak nak rebus banyak kali, buat banyak sikit kemudian simpan dalam peti. Tiap kali nak guna, panaskan air rebusan serai agar suam, kemudian baru bancuh / campurkan dengan madu dan limau nipis.
# terimakasih info nie..advanced kredit to http://www.bengkungmoden.com/blog/khasiat-ibu-hamil

Tiada ulasan:

Catat Ulasan